Oleh Helen Ang
Jumaat, 10 Julai 2009 19:50
Kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi 'mengukuhkan' pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, mengikut laporan agensi berita nasional Bernama memetik Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Ia mengumumkan demikian di Dewan Negara kelmarin tatkala sesi soal jawab.
Sebelum ini, RM3.16 bilion dibelanjakan untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Hishamuddin Hussein waktu itu selaku Menteri Pelajaran memberitahu pemberita pada bulan Mac. Daripada jumlah tersebut, RM2.4 bilion dihabiskan atas peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT).
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, mengulas rombakan PPSMI pula berkata, “Sekonyong-konyong mereka cuba menutup sebelah mata setelah RM4.5 bilion ringgit dana awam dibelanjakan demi perlaksanaan dasar tersebut walaupun mendapat bantahan segenap lapisan masyarakat”.
PPSMI merupakan satu lagi projek Barisan Nasional. Adakah kita nampak hasil daripada projek mahal-mahal belaka ini, misalan kata, program sepi Rakan Muda yang menelan kos RM0.64 bilion menjangkaui tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 dan ke-9?
Barangkali usaha hendak memperkasakan Bahasa Inggeris ibarat pisang berbuah dua kali. Dijangka prasarana seperti makmal-makmal bahasa akan dibina, dan kemudiannya dilengkapi dengan perisian ICT serta peralatan audio yang kos mereka melangit.
Mengingati komputer (bersalut emas kot) yang dibekalkan bagi PPSMI, mungkin makmal bahasa Inggeris akan menggayakan headphone yang lain daripada yang lain, kononnya (bertatahkan intan permata, jika diikutkan tilikan saya).
Momok Mahathir
Timbalan ketua MCA Dr Chua Soi Lek dua hari lalu mengatakan parti Cinanya memang mengalu-alukan keputusan kerajaan mematah balik PPSMI. Tetapi pada Julai 2002 bilamana dasar tersebut diluluskan dengan tergesa-gesa oleh mesyuarat khas kabinet, kesemua wakil MCA dalam jemaah menteri mendiam seribu bahasa agaknya.
Pada 2003, PPSMI mula diperkenalkan di sekolah. Suratkhabar Utusan Malaysia masa itu tidak pun menyeru 'Bangkitlah Melayu' demi mempertahankan martabat bahasa tercinta.
Dr M dalam blognya Che Det bulan lepas mencabar: “Maybe someone should make a study of the Malays of Singapore just to know what it is like to be a Malay minority in their own country.”
Mantan Perdana Menteri kita nampaknya terlalu asyik memerli Singapura. Rakan seangkatannya Lee Kuan Yew yang menggembangkan aliran persekolahan Inggeris dan dengan ini, Inggeris adalah bahasa pengantar Sains dan Matematiknya. Maka minoriti Melayu di Singapura berpendidikan PPSMI lah. Kalaupun Mahathir nak complain, kena bertempat.
Bahasa kebangsaan Singapura ialah Bahasa Melayu tetapi itu pada nama sahaja. Bahasa Mandarin diletakkan di tangga kedua. Natijahnya, minoriti Melayu “dalam negeri sendiri” (meminjam ungkapan Dr M) kurang mengamalkan lingua franca Nusantara, yakni bahasa Melayu, di ruang awam.
Walaupun Melayu majoriti in our country, Mahathir individu yang paling riak menidakkan keupayaan bahasa milik bangsanya.
Che Detters akan berdemo?
Kerajaan sudah sanggup mengakui kelemahan dan kepincangan PPSMI.
Dalam kenyataan akhbarnya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa pencapaian murid didapati terjejas. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 menunjukkan sebahagian kecil sahaja guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam PPSMI, dan hanya sebahagian guru Matematik dan Sains yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 dikira profisien.
Muhyiddin juga menyatakan: “Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan”.
Akan tetapi Dr Mahathir masih ingin menegakkan benang basahnya. Ia menjalankan pungutan suara online di blognya Che Det di mana 84 peratus, ataupun 35,000 undi dicatat [Julai 10, 6.50 petang] yang tidak menyetujui Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Malaysia.
Jelas bahawa bekas pemimpin tersohor kita masih amat kuat pengaruhnya. Dr M berjanji rungutan pembaca blog akan disampaikannya kepada pihak berkuasa (sebut Najib). Che Det merupakan fenomena suara agresif yang lantang kedengaran, dan Dr M sebagai penggait kumpulan mendesak kerajaan.
Sebagai bandingan, baru-baru ini media Barat mencanangkan calon pembangkang Mir Hossein Moussavi memenangi piliharaya melantik presiden Iran. Penyandang jawatan Mahmoud Ahmadinejad tidak kurang mendapat sokongan tetapi pengikut-pengikut beliau kebanyakannya orang kampung serta yang miskin.
Wartawan Barat berpengkalan di hotel lima bintang ibukota tidak keluar ke kawasan pedalaman untuk menemuramah penduduk di sana. Oleh kerana mereka berbual dengan golongan elit Tehran yang bertutur Inggeris dan pro-Moussavi, maka liputan media Barat lebih cenderong kepada Moussavi.
Lebih kurang sama keadaannya di Malaysia.
Mereka-mereka di blog Che Det adalah orang berada yang mampu memasang Internet. Malah posting dan tinjauan pendapat Dr M dikarya dan dibentuk dalam bahasa Inggeris. Adalah 84 peratus undian Che Det mencerminkan suara betul rakyat jelata? Rasa saya, tidak.
Sengaja diselewengkan oleh Mahathir
Dr Mahathir seperti lazimnya pandai memutar-belitkan wacana. Ia menulis: “I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.”
Dr M sengaja memberi gambaran salah, seolah-olah kelima-lima orang Sasterawan Negara, para profesor serta ahli akademik anti-PPSMI menganggap seseorang yang cakap orang putih kurang sifat keMelayuannya. Tuduhan ini rekaan Dr M semata-mata.
Yang dipertikaikan Gerakan Mansuh PPSMI terang-terang perkara lain. Tidak dinafikan ada kemusykilan sistem pendidikan kita di mana cikgu sungguhpun mantap dalam bidang Sains dan Matematik tetapi tidak selesa mengajar dalam bahasa Inggeris, manakala murid kurang fasih.
Gapena akur bahawa bahasa Inggeris penting. Tidak sesiapa di kalangan gabungan anti-PPSMI yang anti-Bahasa Inggeris. Akan tetapi sandiwara Dr Mahathir mengandaikan mereka menolak bahasa Inggeris, walhal yang ditolak ialah cetusan PPSMI-nya yang 'half-past six'.
Dr Mahathir juga berniat kaburkan isu dengan hujah menyimpang iaitu Malaysia tidak akan terdaya menterjemahkan terbitan terkini jurnal-jurnal sains yang melambak-lambak. Tetapi adakah budak berusia 7 tahun itu perlu merujuk kepada jurnal atau kertas kerja saintifik dalam apa jua bahasa?
Dr M membahas: “Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?”
Berapa ramailah remaja berpeluang menjadi diplomat, ataupun dikehendaki membentangkan presentation kepada hadirin asing? Sementara itu, yang duduk di bangku sekolah berjuta-juta orang dan tidak terkira berapa ramai di antara mereka yang semakin hilang minat terhadap Sains dan Matematik angkara PPSMI.
Dr M campurtangan lagi
“ Untuk semua ini [memahami teori dan aplikasi ciptaan roket dan sebagainya] kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain,” Dr M memblog lagi.Eh, betulkah teori relativiti Einstein termasuk dalam sukatan pelajaran kita? Adakah anak Mahathir yang menjadi timbalan menteri tu memahami teori relativiti, apatah budak sekolah?
Rasa-rasanya Mahahtir mudah lupa; bahasa ibunda ataupun bahasa asal Einstein ialah German, bukan Inggeris.
Tiada alasan kenapa bahasa Melayu nak dikatakan tidak mampu berfungsi sebagai bahasa ilmiah. Bukankah ianya bahasa yang matang? Tidakkah Dr Mahathir percaya yang bahasa kebangsaan kita satu bahasa yang berwibawa?
“ But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic – not on how clever you are in making decisions or explaining things,” ujar Dr M. Macamlah bahasa-bahasa lain dunia tidak mendokong kebenaran dan logik, kecuali maha Inggeris.
Sepertimana yang dijangka, Bapa Pengilham kaedah 'Matematik-Sains-boleh-meningkatkan-penguasaan-bahasa-Inggeris' melenting kerana PPSMI yang sinonim dengan namanya bakal ditalkinkan. Si Polan lupa diri yang berani membatalkan projek-projek kesayangan Tun Mahathir Mohamad sebenarnya mengundang musibah.
Pak Lah yang gah menggagalkan Jambatan Bengkok hakcipta MM pernah menerima padahnya.
Sekarang ini, perdana menteri baru masuk seratus hari, PPSMI pula tidak menjadi! Alahai Najib, kesiannya … apa nasib malang yang menantimu di tangan Minister Mentor kita?
Related:
… the [PPSMI] directive did not originate from the Education Ministry but was instead the premier’s executive order. This was how the country was run – at the whim of one man. On Aug 10, 2008 Dr Mahathir blogged in Chedet: “I admit that I am responsible for the decision to teach Science and Mathematics in English”.
Math and Science: The case for BM (1)
Is it so incomprehensible to urbanites that the majority of rural children don’t speak English at home? That the people around them don’t speak English? That even their older brothers and sisters who are college-age speak little or poor English? The poor are unfamiliar with English, period.
Math and Science: The case for BM (2)
Utar students have come mostly from the vernacular schools. They learned their Math and Science in Chinese but at tertiary level do Accounting, Business, Engineering and Computer Science courses in English. They adapt to the language switch. … UiTM students adapt to English as well.
Language policy: The Utar-Mara Chicken and Duck Talk
Dr Mahathir Mohamad, whose brainchild the PPSMI is, insists that because English is an important language in Math and Science, children must study the two subjects in it. By the same token, if 30 years hence China overtakes the United States as superpower, and Mandarin becomes the language of international trade, would [he] then insist Malaysian schoolchildren should study Commerce and Accounting in Mandarin?
Mahathir merajuk, ‘let them eat silicon chips’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment