Sunday, August 23, 2009

Sajak / puisi by Hishamudin Rais

Sajak / puisi yang ditulis oleh bro tukartiub.blogspot.com ini membuatkan aku merenung kembali erti kehidupan aku di muka bumi ini

Ahad, 2009 Ogos 23

PETANG YANG JUJUR

SEHARI TELAH BERLALU

Petang ini akan berakhir
Matahari akan turun meninggalkan kita
Lalu matahari pergi
Ada orang lain yang memerlukan cahayanya

Maka tertutuplah kitab sebuah hari

Apabila kita berlapar ini maka cuba renongkan
Makna hidup dan kewujudan
Dari mana hendak ke mana

Ketika kita berlapar ini
Bebaskan diri dari hiruk pirok
Bebaskan dari mengejar yang tak sudah sudah
Mengejar yang tak dapat dapat

Dalam suasana petang ini sebelum matahari berundur
Sebelum matahari menyinarkan kepada orang lain
Mari kita bertanya diri
Mari memeriksa diri

Apa yang sebenarnya yang kita cari

Cubakan fikirkan apakah ini siuman
Tersentak diwaktu pagi
Berasak-asak dijalan raya
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Membuat sesuatu
Yang membosankan

Kemudian pulang
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Berasak-asak
Di jalan raya

Berakhirnya satu hari

Masih belum sempat bertanya apakah yang sebenarnya di cari
Atau melakukan semua ini kerena tidak pernah memikirkan
Betapalah enaknya memancing ikan
Betapalah enaknya bersandar di tepi laut
Betapalah enaknya menulis sekeping surat cinta

Betapalah enaknya mengembalakan sekawan kambing
Dari menjadi hamba kepada entah apa-apa

Dalam dahaga petang
Dalam lapar senja
Cuba tanya diri

Berdiri tegak ini hendak ke mana?

Aku lakukan ini kerana orang lain buat
Aku lakukan ini kerana macam ini macam inilah macam ini
Aku buat ini kerana datuk aku buat
Aku buat ini kerana datu datuk aku buat

Hah ! dalam lapar dan dahaga ini
Berfikir sajenak
Bertanyakan diri
Soal diri sendiri

No comments: