Tuesday, August 26, 2008

Despatches from Permatang Pauh Nr.7: Negara ini Rakyat punya, bukan Ahmad Albab punya…

August 25, 2008

oleh Din Merican, Din Ahmad dan Shogun Shah
@Urusetia, InfoMedia Parti KeADILan Rakyat,
Bangunan Yayasan Aman, Permatang Pauh

Negara Rakyat, bukan Negara UMNO

Negara ini rakyat punya, bukan Ahmad Albab punya, bukan Dollah Badawi punya, bukan Najib punya dan bukan UMNO punya.

Oleh yang demikian, adalah tanggungjawab kita semua untuk membela nasib bangsa dan negara. Kalau pimpinan yang sedia ada korup dan tidak cekap, kita semua tidak boleh menyalahkan orang lain. Alhamdullilah, pengundi-pengundi kawasan parliamen Permatang Pauh bernasib baik kerana mereka diberi peluang untuk memilih pada 26hb. Ogos 2008 wakil mereka di Parlimen Malaysia dan juga mengasaskan perlantikan Anwar Ibrahim, InsyaAllah, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Lima Janji Anwar

Sebab itu lah, Anwar Ibrahim menjanjikan 5 perkara yang akan menjadi teras perjuangannya sebagai Perdana Menteri.

PERTAMA, beliau berjanji akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengankat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.

KEDUA, beliau akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Malaysia kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Ini adalah penting bagi menjamin keadilan sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur. Hak orang Melayu tetap dipertahankan dan kepentingan orang bukan Melayu juga tidak diabaikan. Disamping itu, martabat Islam tetap dipelihara.

KETIGA, adalah langkah penyusunan semula pasukan polis untuk menjadikannya badan PENCEGAHAN JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

KEEMPAT, beliau berjanji untuk MENGURANGKAN BEBAN HIDUP RAKYAT dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain disamping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM 1,500.

KELIMA, beliau berikrar akan mencipta HARAPAN BARU untuk masa depan Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Kesemua janji diatas adalah selari dengan konsep “Ketuanan Rakyat”. Ketuanan rakyat bermaksud setiap langkah serta usaha yang diambil oleh kerajaan ialah untuk memperkasakan hak rakyat, untuk mensejahterakan hidup rakyat serta untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Rakyat yang perkasa, rakyat yang hidup sejahtera dan rakyat yang kaya akan menjaminkan sebuah negara Malaysia yang gemilang dan dihormati oleh masyarakat Antarabangsa.

Kita semua perlu sedar yang kerajaan UMNO sekarang ini sudah ketandusan semangat untuk membawa kebahagiaan kepada rakyat. Mereka sebok memperkayakan diri sendiri, kaum keluarga serta kroni mereka dengan mengambil kesempatan keatas rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang penuh dengan sifat kesabaran dan kemaafan. Sikap ini telah dianggap oleh pemimpin UMNO sebagai memberi mandat kepada mereka untuk memperbodohkan dan memperkudakan kita.

Sikap UMNO yang jelas menganggap orang Melayu di Permatang Pauh sebagai bodoh terbukti apabila mereka hanya mengunakan isu liwat yang menjatuhkan maruah serta mertabat orang Melayu sebagai senjata mereka untuk menjatuhkan Anwar, tanpa memperdulikan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap kita.

Ini bukan zaman filem P.Ramlee dimana kekayaan orang miskin seperti Ahmad Albab boleh diselesaikan oleh jin dari alam khayalan. Hari ini kita perlu bekerja keras untuk bersaing dengan negara lain. Disamping itu kita memerlukan sebuah kerajaan yang cekap, bertanggungjawap serta telus untuk menentukan kekayaan negara kita tidak dilenyapkan melalui rasuah serta kepincangan pentadbiran.

Politik amalan UMNO yang suka mengadu-domba masyarakat berbilang kaum negara ini hanya akan menyebabkan ketegangan serta pertelingkahan kaum yang tidak akan menguntungkan sesiapa selain dari musuh-musuh negara. Politik mereka ini hanya akan menjunamkan negara ke dasar lautan kehancuran.

Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim percaya setiap keupayaan, kecekapan dan kebolehan seorang rakyat negara ini perlu dimanfaatkan demi masa depan kita bersama. Lima janji beliau diatas akan merupakan titik permulaan pembangunan semula negara untuk memgambil tempat kita yang sewajarnya di persada dunia. Masa depan negara berada di tangan kita, maka kita yang wajib mengubahnya.

Salam Perpisahan, bukan Selamat Tinggal

Akhir kata kami semua yang datang dari jauh ingin mengucapkan selamat mengundi dan jaga ketentaraman bersama ketika keluar mengundi. Kami terhutang budi diatas layanan serta kerjasama yang diberikan semasa kami berada di Permatang Pauh.

Ribuan suara mencorak perubahan

Pengorbanan Umat berpandangan jauh

Undian Rakyat penentu perjuangan

Terima kasih Permatang Pauh

Parlimen dalam tangan

Putrajaya dalam jangkauan

UNDI LAH ANWAR

No comments: