Friday, March 27, 2009

copy tanpa izin dari becok.blogspot.com

Tuan-tuan yang dimuliakan Allah s.w.t.,

Kejayaan manusia dalam agama dan bukan selainnya. Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam harta benda, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya orang kaya saja berjaya.

Allah s.w.t. juga tidak letak kejayaan manusia dalam rupa paras, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya mereka yang kacak dan cantik saja berjaya.

Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, beerti hanya orang berpangkat dan kedudukan tinggi saja berjaya.

Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam keturunan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam keturunan, beerti hanya keturunan tertentu saja boleh berjaya misalnya Melayu saja boleh berjaya.

Tapi Allah s.w.t. Maha Adil. Allah s.w.t. letak kejayaan manusia dalam taqwa di mana semua manusia boleh mencapainya. Satu orang miskin yang bertaqwa, akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan satu orang kaya yang tidak bertaqwa tidak dianggap berjaya di sisi Allah s.w.t..

Begitu juga, satu orang kaya dan berpangkat, jika bertaqwa dia akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan sebaliknya jika tidak beliau juga gagal di sisi Allah s.w.t.. Satu orang miskin jika tidak bertaqwa rugilah beliau. Sudahlah bahagian dunia tidak ada, di akhirat juga tidak berjaya.

Satu orang Melayu, Cina, India, Yahudi atau siapa saja boleh berjaya di sisi Allah s.w.t.. Syaratnya mudah – bertaqwa.

Maha Suci Allah yang memberikan keadilan kepada kita.

Tapi apakah itu taqwa tuan-tuan?

Taqwa adalah persoalan nilai yang disertakan dengan keyakinan asas kepada Rukun Islam dan Rukun Iman dan disertakan dengan amalan.

No comments: