Pekara ini tidak baru. KJ juga di'boo' sewaktu beliau memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda beberapa tahun yang lalu. Konsep KJ di'boo' ini akan digunakan modal untuk mengukuhkan cerita bahawa rata rata Khairy ni ditolak oleh UMNO.
Saya tidak mahu berhujah panjang lebar diatas pekara diatas. Kalaulah anda sudi membaca posting posting dibawah, saya tidak menyangkal dakwaan bahawa KJ ni tidak disukai oleh majoriti perwakilan pemuda. Tetapi oleh kerana ianya pertandingan tiga penjuru, dari segi matematik, seseorang pemenag tidak perlu mendapat undi majoriti. Posting 'KJ Wins' dan "Anti Khairy just does not get it' mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam.
Sejurus selepas KJ memenangi kerusi Ketua Pemuada, puak blogger yang sememangnya tidak suka pada Khairy bertanya, 'apakah strategi UMNO menghadapi PRU kecil di Bukti Selambau, Bukti Gantang dan Batang Ai.' Sebenarnya, KJ hanyalah Ketua Pemuda, tanggungjawab ini seharusnya dipikul oleh Presiden dan Timbalan Presiden yang bakal merangkap Perdana Menteri dan Timbalan Menteri. Tanggungjawab ini juga harus dijunggung bersama sama oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kerana beliau bersungguh sungguh menyamakan belenggu yang dihadapi oleh UMNO kepada gandingan Pak Lah - KJ. Disebabkan Pak Lah dah diusir keluar dari jawatan Presiden UMNO, dan calon calon yang bersih dan amanah seperti Dato Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerat kerat lain membarisi barisan tertinggi UMNO/BN maka sekarang adakah UMNO sudah dikatakan parti yang telus?
Inilah strategi Tun Dr Mahatir. Beliau suka menyamakan masalah yang komplex dengan penyelesaian yang terlalu mudah. Albert Einstein, seorang rakyat Amerika berbangsa Yahudi, dan juga ahli fizik yang paling mashyur berhujah, 'Make everything as simple as possible, but not simpler.' yang membawa maksud sesusatu yang amat rumit harus dipersimpulkan tetapi tidak diremehkan. Tun Dr Mahathir, dalam cetusannya di blog chedet serta ucapan dikhalayak am telah mempersimpulkan belunggu yang dihadapi oleh UMNO dan masyarakat Melayu kepada 2 penyebab
- Pak Lah, KJ dan Tingkat 4
- Kaum 'pendatang' yang tidak mengenal budi.
Maka sebab pertama saya rasa tidak boleh lagi dijadikan alasan. Pak Lah dah keluar, KJ kena boo, apa lagi yang dia nak?
Antara penyebab kedua, ni mungkin rumit sedikit. Kalau orang Cina, orang India dan mereka yang bukan Melayu, yang Tun Dr Mahathir menyamakan dengan 'kaum pendatang' tidak mengenal budi, apakah langkah yang beliau syorkan? Dan apabila mereka telah memastikan kerajaan dibawah pimpinana Tun Dr Mahathir mencapai kemenangan di pilihanraya umum 1999, apabila orang Melayu telah rata rata menolak UMNO, adakah pada saat itu, mereka mengenal budi. Maka sekarang dalam tempoh masa 8 tahun, mereka tidak mengenang budi.
Baik, bukan sahaja Melayu mudah lupa, malah kaum pendatang mudah lupa juga.
Tetapi wang cukai yang disumbangnya, tu kita lupakan sahajalah. Kita juga harus melupakan peranan masyarakat bukan Melayu dalam negara Malaysia. Kita juga diberitahu mereka hanya menumpang dan jenis menikam diri kita dari belakang. Pendekatan ni diguna pakai oleh sesorang bekas ahli politik yang dikatakan 'negarawan' oleh sesetengah pihak, dan ada orang berpendapat Tun berhujah sedemikian hanya untuk memancing undi bagi anaknya.
Nasib baik anaknya tidak mendapat apa apa faedah politik dari kenyataan tersebut. Biarlah kita mendalami maksud Tun tanpa was-was.
Tuan tuan - dan puan puan, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa ekonomi negara stabil dan tidak akan mengalami pemorostan yang mendadak ekoran krisis kewangan di Barat. Ini beliau ucap dipersekitaraan tahun 2008. Apabila saya membaca kenyataan tersebut, saya tergelak.
Memang Tun tak tahu.
Untuk pengetahuan umum, di laman Padedoh saya telah banyak kali memberi amaran kepada para pembaca bala yang bakal menimpa negara kita ini. Ini berdasarkan bacaan index index seperti Baltic Dry Weight Index. Index ni mengukur secara purata berat cargo cargo yang dipunggah oleh sektor perkapalaan dan boleh memberi gambaraan keadaan sebenar bagi sektor perdagangan di seantero dunia.
Pada suku ketiga 2008, ianya jatuh mendadak sebanyak 90%.
Fakta dan implikasi tersebut tidak diberitahu oleh mana mana pihak. Kita hanya dengar 'KJ, KJ, KJ 'sahaja.
Kini negara kita dibelesah oleh krisis kewangan 'glokal'. Maka bersungguh sunggulah para pemimpin cuba memberi suntikan kepada ekonomi negara kita. Saya tak yakin iainya akan berjaya disebabkan oleh kesan beban hutang yang bakal ditanggung oleh kerajaan. Kalau dulu kita boleh mengenakan 'kapital kontrol' tetapi disebabkan pasaran ekspot yang mantap membolehkan negara kita mendapt dana Dollar Amerika, kini situasi sudah berbeza. Amerika Syarikat, negara yang kita suka melabelkan sebagai durjana, tidak lagi membeli barangan buatan Malaysia.
Kita sama sama akan turun bersama Amerika Syarikat, samada kita suka ke tidak.
Berbalik kepada soalan pokok. Kini gandingan KJ-Pak Lah tidak berkuasa. Rakyat negara ini, tidak kira orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Iban dan sebagainya mengalami tekanan yang amat teruk akibat inflasi dan ekonomi merundum. Apabila mereka membantah melalui demonstrasi atau dengan mengundi pihak lawan, mereka disimbah air asid, dikatakan pengganas dari Tamil Nadu (bukan pantai Malabar) ataupun pengkhianat bangsa.
Akan tetapi, situasi ni akan berubah sebab UMNO kini dibarisi oleh pemimpin yang direstui oleh Tun Dr Mahathir, kecuali Ketua Pemuda, jawatan yang tidak sebegitu penting berbanding jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Maka dengan itu UMNO/ BN akan kembali berkuasa dan gandingan yang disukai Tun ni akan mendapat kepercayaan oranag Melayu dan rakyat amnya.
Kita tunngu dan lihat bulan 4 ni, samada betul betul Tun tahu ke tidak.
1 comment:
bro..cukup2 la tu..KJ dah menang..ambil2 la apa yang patut. Tak payahlah nak buru2 kan Tun Mahathir lagi, seburuk2 beliau, jasanya ada juga..tapi apa pula jasa kita yang kerdil ni?
Post a Comment