Ramai yang melupakan sejarah ekonomi negara kita ini. Fakta pertama – sesudah Perang Duni Ke Dua – Persekutuan Tanah Melayu adalah negara terkaya di Asia sesudah Jepun. Ini fakta sejarah ekonomi.
Ramai juga warga yang melupakan fakta bahawa sesudah penjajah British mengundur dan Tanah Melayu berkerajaan sendiri, ekonomi kita telah menggunakan pendekatan ekonomi sosialis. Air, api, hospital, sekolah, lembaga pengajian tinggi, jalan raya, perumahan – semua lembaga-lembaga ini adalah hak milik kerajaan. Hanya perlombongan, perladangan dan banking yang masih dimiliki oleh British.
Sehingga ke zaman pentabiran Hussein Onn lembaga ekonomi ini masih lagi kukuh. Hanya apabila Mahathir Muhamad menjadi kepala maka semua lembaga ekonomi hak milik negara ini diagih-agih kan kepada para kroninya.
Bentuk ekonomi – sama ada kapitalis atau sosialis – bertanggung jawab melahirkan bentuk-bentuk budaya. Asas budaya manusia lahir dan wujud dari sistem ekonomi yang digunapakai. Budaya bangsa bukan lahir dari awang-awang. Bukan lahir dari mimpi-mimpi. Atau di harap-harapkan.
Tamadun budaya bangsa lahir dari sistem ekonomi. Sistem ekonomi ialah pembuatan dimana manusia membuat sesuatu – tidak kira apa – untuk hidup dan merayakan kehidupan. Dalam proses merayakan kehidupan inilah lahir budaya – kepercayaan, kesenian, adat resam, sistem sosial – semuanya dibentuk oleh sistem ekonomi.
Ekonomi kapitalis menjurus kepada pemilikan persendirian. Ianya muncul dari sistem feudal, dimana raja dan kaum kerabat istana membolot tanah-tanah pertanian yang luas. Tanah-tanah ini di usahakan oleh kaum tani. Kaum feudal ini telah memungut upah/sewa/upti dari tanah-tanah mereka. Ini mejadikan mereka kaya raya dan berupaya untuk mengaji ‘orang lain’ untuk menjaga harta benda mereka. ‘Orang Lain’ ini akhirnya akan menjadi soldadu, askar dan polis.
Tahap budaya dan tamadun ilmu pengetahuan manusia berkembang. Perkembangan ilmu pengetahuan menimbulkan satu kelas baru – Kaum Pemodal. Kaum Pemodal muncul kurang lebih 200 tahun dahulu – di zaman Revolusi Industri. Benda-benda baru muncul – tenaga wap, tenaga bahan bakar arang batu, timah, logam besi – semua ini mengalihkan cara pembuatan dari pertanian ke industri. Ini perubahan bentuk ekonomi yang pasti membentuk satu budaya baru.
Ini juga berlaku dalam negara kita. Tanah Malayu pada 100+ tahun dahulu adalah negeri petanian, kemudian dizaman kolonial muncul perlombongan dan perladangan. Asas ekonomi kaum tani Melayu tidak berubah dalam zaman peralihan – kemunculan buruh lombong dan buruh ladang - ini kerana British telah membawa masuk buruh dari India dan Tiongkok. Masyarakat Melayu terus dalam dunia feudal mereka.
Tun Razak telah membawa satu perubahan besar dengan rancangan Felda – memberikan tanah kepada kaum tani Melayu yang tidak memiliki tanah. Ini adalah bentuk ekonomi Kapitalis Daulah. Petani miskin dibantu dan di beri hak untuk berladang secara moden dan tersusun.
Di zaman Razak selain dari memberi tanah kepada yang tidak bertanah, sistem pembelajaran dan hospital masih percuma, di tanggung oleh daulah. Sistem jana leterik, air, keretapi, talipon, pelabohan, lapangan terbang – adalah harta hak milik negara.
Memahami konsep harta hak milik negara ini amat penting. Negara/daulah/state itu ertinya rakyat/orang ramai. Kita sebagai warga adalah daulah. Tanpa kita tidak wujud state. Kita yang membayar cukai mukai dalam negara ini. Cukai ini dijadikan modal untuk daulah bergerak. Ini bererti leterik, talikom, jalan raya – adalah harta milik kita bersama. Harta negara adalah harta perlaboran kita semua. Keuntungan dari lembaga-syarikat ini akan masuk ke kantong daulah. Ertinya masuk ke dalam saku kita semua.
Dana keuntungan dari lembaga/syarikat daulah ini akan dipusingkan kembali untuk menjadi belanjawan negara – untuk sekolah percuma, untuk hospital, untuk memperbaiki jalan raya.
Ini amat berbeza dengan lembaga/syarikat hak milik negara yang telah di swastakan. Apabila leterik, talikom, air, jalan raya, hospital, perlabohan, lapangan terbang diswastakan pastilah akidah utama lembaga/syarikat ini bukan lagi untuk kebajikan umat. Ianya bukan lagi untuk kebajikan orang ramai. Kaum pemodal tuan empunya syarikat ini hanya menjaga dan memastikan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam poket mereka sahaja. Tidak ada perkongsian ramai.
Lihat bezanya - kalau harta kerajaan – untungnya akan pergi kepada kerajaan – ertinya kita, rakyat dapat sama-sama menikmati untung. Inilah perbezaan fundumental di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis. Kapitalis mementingkan keuntungan maksima untuk si pemegang saham. Sosialis mementing kesejahteraan umum bukan keuntungan pribadi.
Idea penswastaan di munculkan di zaman Thatcher/Reagan – 1980’an. Dasar Thatcherite ini bertujuan untuk menumpaskan gerakan kesatuan buruh terutama pelombong arang batu di United Kingdom. Kesatuan pelombong arang batu ini melalui mogok telah berjaya menjatuhkan kerajaan Konservatif Edward Heath pada tahun 1974. Dasar penswastaan ini juga bertujuan untuk melipat gandakan lagi keuntungan Kaum Pemodal Anglo dan syarikat multinasional Anglo yang menyokong Parti Konservatif.
Mahathir Muhamad meniru dasar penswastaan untuk memperkayakan kroni-kroninya. Kroni-kroni Mahathir ini juga adalah penyokong setia Mahathir dalam United Malays National Organisation. Mereka menyokong dasar penswataan kerana mereka dibenarkan menjarah dan merampok harta kekayaan negara.
Dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru – banyak harta milik rakyat telah di agih-agih kan (baca rompak ) oleh kroni Mahathir. Lembaga Leterik Negara, Talipon Negara, Radio, stesen Tv, perlabuhan, lapangan terbang, Mas, Misc, keretapi, perkapalan, Jabatan Kerja Raya, Hospital, jalan raya dan ratusan syarikat-syarikat negeri (SEDC) telah diagih-agihkan kepada para kroni.
Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ?
Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal.
Ketika ekonomi kapitalis berkembang maka Kaum Pemodal dan para kroni berkenduri sakan. Berbilion juta ringgit masuk ke dalam saku mereka. Mereka berpesta macam tidak ada subuh. Pink form terbang melyang-layang. Jual beli saham harta negara yang diswastakan menjadi topik dari coffee house hingga ke masjid. Ini berlaku dalam tahun-tahun 90’an.
Lihat apa terjadi apabila ada ekonomi kapitalis berhadapan dengan krisis – mereka jatuh muflis. Perhatikan apa Kaum Pemodal dan para kroni lakukan. Mereka pulangkan kembali harta-harta ini kepada negara. Maka terpaksalah GLC mengambil kembali Plus, Star, Putera, Mas, KLCC dan seribu satu macam syarikat yang jatuh muflis. Ketika untung mereka kaut – masa bangkrap dipulangkan kepada rakyat.
Kenapa tidak semua harta-harta dan syarikat-syarikat ini dimilik rakyatkan untuk selama-lamanya. Jadikan harta-harta ini hak milik negara. Keuntungannya untuk kita semua. Ini lah dia asas perbezaan ekonomi sosialis dengan ekonomi kapitalis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment