Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.
"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya," katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini.
"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.
"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.
"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan," katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.
"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.
"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan
"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama Sivaji The Boss, kita main drama Sivaji The Boss.
"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan...," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.
Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.
No comments:
Post a Comment