“setuju dengan coretan “rakyat kecewa” dan pemuda tadi.
belum memerintah dah bertindak kejam
padang hari ini, sy amat kesal kerana melihat kumpulan musik pertama tadi yg baru je main satu lagu dah kena arah berhenti.
tp sy puji diorg, masih ingin meneruskan hak mereka sebagai rakyat walaupun speaker besar ditutup dan hanya dengar samar2 je alat musik diorg tu.
kesian tp sy berbangga dengan kumpulan itu (saya kurang jelas apa nama kumpulan mereka) walaupun bagi saya musik bawaan mereka keras dan kurang saya fahami tp mesej yg diorg sampaikan amat memberi kesan sehingga saya yg tak berapa dengar lagu2 rock ni pun rasa cam nak beli je album diorg kerana mesej yg disampaikan tak disampaikan oleh artis2 dalam tv sekarang.
selepas je persembahan mereka, sy dapati beberapa pemuda yg membawa sepanduk dan pemuda2 yg kelihatan macam underground ni dengan perlahan keluar dari stadium membawa haluan masing2. terdetik di hati sy apabila melihat wajah suram pemuda2 ni. sy dapat rasakan yg mereka begitu kecewa kerana bukan sahaja dipinggirkan oleh kerajaan, malah parti pembangkang. jadi mereka seakan-akan tiada hak besuara di negara kelahiran mereka ini dan di pulaukan oleh semua parti politik.
semangat sy utk protes terus pudar melihat wajah suram mereka dan sikap diskriminasi penganjur. sy pun turut keluar dari stadium kerana hampa dan sy cuba mencari di mana mereka kerana mungkin boleh bagi semangat kat pemuda2 ni.
sy jumpa pemuda2 ni di pintu masuk belakang stadium dan memang mereka semua suram dan sy cuba mengambil hati diorg dengan memuji persembahan mereka dan mengambil beberapa foto sekadar untuk memberi semangat kepada mereka agar tidak jemu berjuang. selapas tu saya terus mebawa diri bertemu rakan sekerja di damansara.
dan pada petang pula, sy mendapat mesej dari rakan yg menghadiri protes memberitahu ada pemuzik dipukul kerana lantang bersuara. sangkaan sy meleset. ingatkan pemuzik tu dipukul pihak polis atau fru, tetapi dipukul oleh pemuda pas yg lain. alasan yg diberi kerana mereka bertindak agak ganas. nampaknya utk berjuang pun kena ada protokol. tak boleh ganas kot kalu nak berjuang. berita ni lagi menyedihkan sy.
sy sekarang tak tahu macam mana nak cakap dengan politik negara. nampak nya revolusi di sepanyol pada 1930 yang mengharamkan parti politik dan adanya ahli politik dan membenarkan rakyat memerintah seperti satu keluarga lebih elok diamalkan di malaysia kalau begini sikap semua parti.
harap maaf kalau terkasar,ini luahan seorang rakyat.
sekian wasalam”
No comments:
Post a Comment